AGONG, PERMAISURI ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI PAHLAWAN


KUALA LUMPUR, - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan selamat Hari Pahlawan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada para perwira ATM dan PDRM khususnya yang bertugas di barisan hadapan di atas pengorbanan yang dicurahkan tanpa mengira masa dan penat lelah dalam membantu memerangi penularan wabak COVID-19.

Selaku Ketua Utama Negara dan pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, Seri Paduka Baginda amat menyanjung tinggi dan merakamkan setinggi penghargaan atas jasa, khidmat bakti dan pergorbanan yang dicurahkan oleh pahlawan-pahlawan dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan tanah air tercinta.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada seluruh keluarga para pahlawan dan perwira yang telah terkorban semasa bertugas dan dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.

Sesungguhnya jerit perih mereka, para pejuang tanah air seketika dahulu dan masa kini adalah demi negara kita yang berdaulat.

Seri Paduka Baginda berdua mendoakan semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)