SELANGOR CATAT 46 KEMATIAN BAHARU AKIBAT COVID-19 HARI INI
KUALA LUMPUR, - Selangor catat 46 kes kematian daripada 102 kes kematian akibat Covid-19 hari ini di seluruh Negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Menerusi satu kenyataan media, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, semua kes melibatkan individu berusia 34 hingga 86 tahun termasuk dua wanita warga asing masing-masing berusia 46 dan 49 tahun.
Menurutnya, sembilan daripada yang terkorban itu tidak memiliki latar belakang berpenyakit selain enam kematian dicatatkan sebelum tiba di hospital (BID).
Dr Noor Hisham memaklumkan kes kematian turut direkodkan di Kuala Lumpur iaitu 16 kes, Negeri Sembilan 14 kes, Pahang tujuh kes, Johor enam kes, Kedah dan Melaka masing-masing tiga kes, Sabah dan Pulau Pinang masing-masing dua kes manakala satu kes di Kelantan, Perak dan Sarawak.
Hari ini, negara mencatatkan penurunan kes Covid-19 kepada 8,574 jangkitan selepas merekodkan lebih 9,000 kes empat untuk hari berturut-turut.
Selangor kekal merekodkan angka tertinggi dengan 4,308 kes, sedikit menurun berbanding 4,682 semalam.
- SMNETNEWS





