MALAYSIA CATAT LEBIH 1 JUTA KUMULATIF KES COVID-19



PUTRAJAYA, - Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini melaporkan jumlah jangkitan Covid-19 di Malaysia terus melonjak ke paras tertinggi dengan 17,045 kes hari ini berbanding rekod 15,902 semalam.

Mengikut data yang dikongsi ketua pengarah kesihatan, jumlah itu menjadikan keseluruhan kes di negara ini melebihi paras sejuta kepada 1,013,438 kes.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Selangor turut mengalami kenaikan ketara apabila mencatat 8,500 kes berbanding 7,351 semalam.

Selain negeri itu, Kuala Lumpur dan Kedah juga menunjukkan peningkatan besar kepada masing-masing 2,045 dan 1,216 kes.

Begitu juga peningkatan di Johor, Sabah dan Perak yang mencatatkan jumlah masing-masing 950, 818 dan 609 kes.

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)