KELONGGARAN BAGI INDIVIDU LENGKAP DOS VAKSIN COVID-19 AKAN DIPUTUSKAN MINGGU DEPAN - PM
PUCHONG, - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kelonggaran bagi individu lengkap dos vaksin COVID-19 diputuskan pada mesyuarat Majlis Pemulihan Negara minggu depan.
Tan Sri Muhyddin menyatakan kerajaan juga akan mengambil kira pembukaan semula sektor ekonomi yang tidak mempunyai kes COVID-19 dan telah melengkapkan dua dos suntikan sekaligus bersedia melakukan ujian saringan seminggu sekali.
Beliau berkata demikian ketika meninjau proses pembotolan bebuli (vial) vaksin COVID-19 Sinovac pada sesi lawatan ke Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd di Taman Perindustrian Puchong Utama hari ini.
- SMNETNEWS