417 INDIVIDU DITAHAN ATAS KESALAHAN INGKAR SOP
PUTRAJAYA, -Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Perdana Menteri, dalam kenyataan media semalam, Kerajaan telah mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kerajaan dan SOP yang telah diwartakan.
Semalam Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 85,123 pemeriksaan dan snap check COVID-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,891 orang.
Ia termasuk pemeriksaan ke atas 2,226 buah kilang, 14,916 premis perniagaan, 1,005 tapak pembinaan dan 321 buah asrama penempatan pekerja.
Hasil daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 52 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan. Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 85,123 pemeriksaan semalam.
Beliau berkata, Ia melibatkan 4,349 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 19,891 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Semalam, 417 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 408 individu dikompaun manakala sembilan lagi direman.
Antara kesalahan direkodkan ialah, Rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran serta makan dan minum di premis sebanyak 96 kes, tidak memakai pelitup muka 74 kes, tidak ada penjarakan fizikal 58 kes, tidak patuh arahan kawalan pergerakan sebanyak 46 kes, membawa penumpang berlebihan 34 kes, premis gagal patuhi arahan 12 kes dan majikan gagal memastikan kapasiti kehadiran pekerja/menjalani ujian saringan 6 kes serta lain-lain 91 kes
Manakala bagi, kawalan sempadan Negara melalui Operasi BENTENG semalam telah menangkap seorang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan merampas dua buah kenderaan darat dan dua buah bot/kapal.
Dalam operasi itu, sebanyak dua buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui lima aktiviti penglihatan.
Op BENTENG melibatkan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 950 sekatan jalan raya semalam.
- SMNETNEWS