JANGKITAN TERUS MELONJAK KEPADA 13,215, SELANGOR TERTINGGI MELEBIHI 6,000 KES
SHAH ALAM, - Jumlah jangkitan Covid-19 meningkat lagi kepada 13,215 kes berbanding 11,618 kes semalam, umum ketua pengarah kesihatan.
Angka yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga menunjukkan lonjakan kes di Selangor kepada 6,120 kes berbanding 5,051 kes semalam.
Negeri Sembilan merekodkan jumlah tinggi dengan 1,603 kes, sementara Kuala Lumpur pula 1,499 kes, menurut data di Facebook beliau.
Angka di seluruh negara, Selangor dan Negeri Sembilan merekodkan jumlah kes tertinggi masing-masing.
Pada 8 Julai, Dr Noor Hisham menjangka peningkatan jumlah kes di Selangor dan Kuala Lumpur susulan pertambahan saringan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekarang.