PENGARAH NADMA SANTUNI GELANDANGAN KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR, - Ketua Pengarah NADMA, Datuk Dr. Aminuddin bin Hassim mengiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), YB Datuk Seri Redzuan Md Yusof menyantuni golongan gelandangan di Pusat Gelandangan Medan Tuanku, Kuala Lumpur semalam.
Tinjauan ini merupakan antara aktiviti Program Pemerkasaan Komuniti dimana Agen Basmi COVID-19 (ABC-19) bergerak bagi memastikan kepatuhan kepada prosedur standard (SOP) berkaitan COVID-19, memberi nasihat, peringatan, teguran dan panduan kepada kumpulan sasar (gelandangan) dalam langkah-langkah pencegahan penularan COVID-19.
Kumpulan ini juga turut menerima agihan pelitup muka dan set makanan bermasak. Ini merupakan antara usaha Kerajaan dalam mendekati semua lapisan masyarakat termasuk gelandangan dan daripada tinjauan didapati golongan ini dijaga dengan baik bukan sahaja oleh pihak kerajaan malah turut dibantu pihak NGO yang banyak memberikan sumbangan.
- SMNETNEWS