RM700 RIBU BERJAYA DIKUMPULKAN MELALUI TABUNG RAYUAN PALESTIN - KPKT
PUTRAJAYA, - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melancarkan Inisiatif Tabung Rayuan Palestin pada 28 Mei 2021 di Putrajaya. Sejumlah RM700,000 telah berjaya dikumpulkan melalui kutipan siri pertama ini.
YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, sebanyak RM185,000 telah disumbangkan oleh Pertubuhan Penggerak Komuniti Negara (PKN) dan RM515,000 dari seluruh warga KPKT termasuk PR1MA, SWCorp dan SPNB.
Tabung Rayuan Palestin ini dilancarkan sebagai tanda solidariti keprihatinan rakyat Malaysia khususnya warga KPKT terhadap penderitaan, kesengsaraan dan kekejaman yang dihadapi oleh rakyat Palestin.
Hasil kutipan sumbangan yang diterima melalui inisiatif ini membuktikan usaha misi kemanusiaan ini telah disambut baik oleh Ketua Setiausaha KPKT serta agensi lain di bawah KPKT.