9571 PENIAGA DIKECUALIKAN BAYARAN SEWA PREMIS
KOTA BHARU, - Kerajaan Negeri bersetuju memberi pengecualian bayaran sewa premis selama dua bulan kepada peniaga kecil sebagai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2021.
Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob mengumumkan hal tersebut di laman sosial rasminya, hari ini."Pengecualian pembayaran sewa premis Julai dan Ogos ini melibatkan peruntukan sebanyak RM 3.29 juta membabitkan premis yang disewakan oleh 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Semoga insentif ini dapat membantu meringankan beban ekonomi 9571 peniaga kecil yang terkesan akibat pandemik COVID-19", tulisnya.