TLDM JALANI LATIHAN BERSAMA UNITED KINGDOM DI SELAT MELAKA


LUMUT, - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus mengukuhkan kerjasama pertahanan bersama Royal Navy, United Kingdom menerusi Passage Exercise (PASSEX) yang dilaksanakan bersama United Kingdom Carrier Strike Group 21 (UKCSG 21) yang terdiri daripada 4 buah kapal perang milik Tentera Laut United Kingdom, Amerika Syarikat dan Belanda di perairan Selat Melaka semalam.


TLDM yang diwakili oleh KD LEKIU, KD JEBAT dan Helikopter Super Lynx manakala ketumbukan UKCSG 21 terdiri daripada Kapal Pengangkut Pesawat HMS QUEEN ELIZABETH dalam pelayaran sulung ke rantau ini dan HMS KENT dari Royal Navy, USS THE SULLIVANS dari United States Navy dan HNLMS EVERTSEN dari Royal Netherlands Navy telah terlibat dalam eksesais ini yang bertujuan untuk menguji dan memastikan kedua-dua pihak mampu berkomunikasi dan bekerjasama dengan baik di laut. 

ATM terus komited bagi memastikan keselamatan maritim di rantau ini serta akan meneruskan kerjasama pertahanan negara dengan mana-mana tentera laut sahabat bagi meningkatkan interoperability serta persefahaman di lapangan. 

Sumber: ATM

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)