KILANG, PREMIS PERNIAGAAN DAN TAPAK PEMBINAAN YANG MELANGGAR SOP AKAN DIAMBIL TINDAKAN TEGAS - TPM

 

KUALA LUMPUR, - YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Perdana Menteri  menegaskan, Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan kilang dan premis perniagaan yang melanggar peraturan serta SOP yang telah ditetapkan Kerajaan.

Beliau berkata, kita akan melakukan ‘perang’ habis-habisan dalam ‘combat’ melawan COVID-19 dan mengambil tindakan tegas kepada kilang dan premis perniagaan yang masih degil.

Kerajaan telah mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kerajaan dan SOP yang telah diwartakan.

Katanya, pada sabtu lepas sebanyak 63 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

- SMNETNEWS


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)