TPM ZIARAH LAPAN BERADIK YATIM PIATU KEMATIAN IBU BAPA AKIBAT COVID-19

RAWANG, - YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Perdana Menteri semalam menziarahi adik Nazurah Nabilah di rumah beliau di Bukit Beruntung, Rawang.

Secara peribadi, Timbalan Perdana Menteri amat sedih apabila melihat sendiri mata mereka yang berkaca dan wajah yang menyimpan kepiluan kerana kehilangan ibu bapa yang disayangi.

Mereka adalah lapan beradik menjadi yatim piatu kerana kematian ibu bapa mereka akibat COVID-19. Kerajaan akan terus membantu serta memberi penumpuan kebajikan anak-anak Allahyarham Benyajeed Bernie.

Boustead Holding Berhad, anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengambil mereka sebagai anak angkat dan akan membiayai pengajian anak-anak Allahyarham sehingga berumur 18 tahun. Salah seorang anak Allahyarham bernama Muhammad Muzzakir pula akan ditawar bekerja secara tetap di Boustead.

Selain itu, bantuan-bantuan lain daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan lain-lain juga turut memberikan perhatian demi menjaga kebajikan anak-anak Allahyarham.

Beliau berkata, semoga Allah melindungi anak-anak ini dan mari lah kita sedekahkan Al Fatihah kepada kedua-dua ibu bapa mereka yang telah pergi mengadap Ilahi.

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)