150 KELUARGA DI PANTAI DALAM TERIMA BANTUAN MAIWP

 KUALA LUMPUR,- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Program Prihatin Kasih Asnaf 3.0 Siri - 2 diteruskan semalam di kawasan Pantai Dalam Kuala Lumpur yang telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 29 Jun 2021 yang lalu.

Pada program kali ini, MAIWP telah menyerahkan bantuan barangan keperluan asas seperti beras, tepung, minyak, gula dan lain-lain lagi kepada hampir 150 buah keluarga. 

Penyerahan sumbangan disampaikan oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP kepada Datuk Ramlan Askolani, Penasihat Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Lembah Pantai.


Program kali ini juga turut disertai oleh wakil dari pihak Istana Negara, Brig. Jen. Dato’ Mohamed Zahari Dato’ Haji Yahya, yang menyerahkan sumbangan peribadi DYMM SPB Yang diPertuan Agong untuk diagihkan kepada penduduk yang terjejas.

Sumbangan yang disalurkan ini adalah hasil daripada wang wakalah zakat individu dan syarikat yang menunaikan tanggungjawab berzakat di PPZ-MAIWP.


Selain kotak makanan, penduduk juga turut menerima dua ekor ayam yang sudah diproses. 

Hadir sama pada majlis serahan ini, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Encik Mohd Nizam Yahya dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Abdul Hakim Amir Osman.

MAIWP berterima kasih kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan kerana melalui dana zakat anda misi ini dapat dijalankan.

- SMNETNEWS


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)