17 RIBU PENDUDUK DI MENTARI COURT JALANI UJIAN SARINGAN COVID-19 - KKM

 PETALING JAYA, - Petugas Kesihatan KKM melawat dari rumah ke rumah  bagi memastikan semua penghuni  menjalani ujian saringan sebagai langkah membendung penularan jangkitan di kawasan perumahan itu. 

Ujian saringan itu melibatkan kira-kira 17,000 penduduk yang menghuni 3,469 unit apartment di kawasan berkenaan. 

Rancangan untuk memberi vaksin kepada penduduk di situ yang dijadual pada hari Ahad (semalam) terpaksa ditangguhkan sehingga ujian saringan selesai sepenuhnya. 

Mentari Court antara lokaliti di Selangor yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu. 


Bekalan barang keperluan harian turut diagihkan kepada setiap rumah yang disumbangkan pelbagai pihak. 


Ujian saringan ini mendapat kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan ia berjalan lancar termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Pejabat Tanah dan Daerah Petaling. 

Selain Mentari Court, dua lagi lokaliti di Petaling Jaya yang dikenakan PKPD selama 2 minggu bermula 1 Julai hingga 14 Julai ialah Pangsapuri Westlite dan Taman Perumahan SS 91A, Sungai Way. 

Kredit Gambar: Salimey Abu Bakar

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)