313,761 DOS SUNTIKAN VAKSIN DALAM SEHARI PADA 5 JULAI ADALAH YANG TERTINGGI

 KUALA LUMPUR, - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 5 Julai 2021 adalah sebanyak 9,320,476 dos vaksin dan sebanyak 313,761 suntikan dos vaksin pada 5 Julai, adalah yang tertinggi setakat ini.

Beliau berkata, jumlah yang menerima dos pertama ialah 6,585,002 orang dan daripada jumlah itu, 2,735,474 orang juga telah terima dos kedua. 

Jumlah 313,761 dos sehari pada 5 Julai 2021 ini adalah yang tertinggi dalam sehari sepanjang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berlangsung. 

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua vaksinator, petugas kesihatan, general practitioner dan sukarelawan yang bertugas di semua PPV seluruh negara. 

Ini satu momentum yang baik ke arah  pencapaian herd immunity bagi penduduk di Malaysia jelas beliau. - SMNETNEWS 



Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)