AHLI KWSP MESTI MELALUI JANJI TEMU ONLINE UNTUK BERURUSAN DI KAUNTER MULAI 1 JULAI 2021 - KWSP

 KUALA LUMPUR, - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuka semula kaunter perkhidmatan di pejabat cawangan di seluruh negara mulai hari ini, 1 Julai 2021 dan waktu operasi kaunter perkhidmatan adalah mulai jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang pada hari bekerja untuk beberapa perkhidmatan terpilih.



Pembukaan semula kaunter perkhidmatan di pejabat cawangan KWSP bagi perkhidmatan terpilih adalah bagi memenuhi keperluan ahli yang memerlukan perkhidmatan KWSP disamping mengimbangi aspek kesihatan dan keselamatan anggota serta ahli yang hadir berurusan. Perkhidmatan terpilih yang disediakan adalah seperti berikut, Pengeluaran Umur 50, 55 dan 60, Pengeluaran Kesihatan, Pengeluaran Kematian dan Penyerahan Arahan Bayaran (PO) serta cek jurubank pengeluaran.

Ahli hendaklah membuat janji temu terlebih dahulu melalui Janji Temu Online (JTO) dengan melayari www.kwsp.gov.my/janjitemu sebelum mendapatkan perkhidmatan di kaunter perkhidmatan KWSP.

KWSP akan menghubungi ahli untuk hadir di kaunter perkhidmatan pejabat KWSP yang berkenaan bagi urusan penyerahan Arahan Bayaran (PO) dan cek jurubank untuk pengeluaran yang telah dibuat oleh ahli.

Semua urusan di kaunter perkhidmatan KWSP akan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti berikut, iaitu ahli mesti menjalani pemeriksaan suhu dan mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki pejabat KWSP dan ahli hendaklah mematuhi penjarakan sosial seperti yang ditetapkan semasa berada di pejabat KWSP.

Ahli disarankan untuk berurusan secara dalam talian melalui i-Akaun (Ahli) dan i-Akaun (Majikan) bagi perkhidmatan-perkhidmatan KWSP yang telah disediakan secara dalam talian bagi mempercepatkan dan memudahkan urusan dengan KWSP.

SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)