AMERIKA SYARIKAT SUMBANG 1 JUTA DOS VAKSIN PFIZER KEPADA MALAYSIA
KUALA LUMPUR, – Malaysia akan menerima satu juta dos vaksin COVID-19 Pfizer yang disumbangkan kerajaan Amerika Syarikat esok, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Amerika Syarikat menyumbang 1 juta dos vaksin jenis Pfizer secara percuma kepada Malaysia yang mana ia bakal tiba di tanah air esok.
Beliau berterima kasih kepada rakan sejawat beliau, TYT Antony Blinken dan Kerajaan Amerika Syarikat atas sumbangan vaksin ini serta pelbagai lagi bentuk bantuan kepada Malaysia sejak pandemik COVID19 melanda tahun lalu.
Katanya lagi, beliau dan Antony Blinken akan terus berkongsi komitmen demi memastikan hubungan erat Malaysia dan Amerika Syarikat terus diperkukuh demi manfaat bersama khususnya di era pasca pandemik ini.
Hishammuddin berkata, sumbangan vaksin Pfizer ini akan membantu meningkatkan lagi proses vaksinasi serta membawa perkembangan bermakna terhadap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang sedang berlangsung.- SMNETNEWS