POLIS MERAMPAS DADAH BERNILAI RM2.1 JUTA DITINGGAL PENYELUDUP DI TEBING SUNGAI GOLOK

TUMPAT - Polis Kelantan merampas dadah jenis Syabu dan Heroin Base, dianggarkan bernilai RM2.1 juta yang ditinggalkan di tebing Sungai Golok pada petang Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Tuan Abdullah Muhammad Piah dalam satu sidang media berkata, kejadian dikesan pada jam 4.30 petang, ketika sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik lbu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, melakukan rondaan dalam OP Tapis di kawasan terbabit.

Beliau berkata, ketika rondaan dilakukan, anggotanya dalam OP Tapis ternampak kelibat dua lelaki beredar tergesa-gesa dari tebing menaiki bot enjin galah menghala ke Takbai, Thailand selepas meninggalkan dua bungkusan plastik hitam di tebing sungai berkenaan.

Susulan itu, pasukan bertindak membuat pemerhatian selama 15 jam di kawasan itu, namun tiada sesiapa muncul mengambil bungkusan berkenaan.

Hasil pemeriksaan polis, bungkusan plastik hitam pertama didapati didalamnya terdapat satu guni berisi guni putih berisi 29 bungkusan plastik hijau berisi ketulan mampat kristal disyaki jenis syabu seberat 29 kilogram

 Manakala plastik kedua didalamnya terdapat satu guni berisi 7 bungkusan plastik warna keemasan didalamnya berisi ketulan mampat disyaki jenis syabu seberat 7 kilogram dan 24 bungkusan berwarna coklat yang dibalut dengan plastik lutsinar berisi ketulan mampat disyaki dadah jenis heroin seberat 8.000 gram.

Tuan Abdullah berkata, semua dadah dirampas boleh menampung keperluan 222,000 penagih dan pihaknya kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pembekal serta penerima dadah dirampas itu - SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)