DISKAUN BIL ELEKTRIK 'PEMULIH' KEPADA KUMPULAN SASAR - TNB
KUALA LUMPUR, - Berikutan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), diskaun bil elektrik akan diberikan kepada beberapa kumpulan sasar berdasarkan penggunaan elektrik bulanan untuk tempoh tiga bulan mulai 1 Julai 2021 hingga 30 September 2021.
Tenaga Nasional Berhad sentiasa berusaha agar pelaksanaan Diskaun Bil Elektrik PEMULIH ini berjalan dengan lancar.
Sehubungan itu, pelanggan akan dapat melihat amaun diskaun di dalam bil elektrik mulai tarikh bil 15 Julai 2021. Bagi pelanggan yang menerima bil bertarikh antara 1 – 14 Julai 2021, amaun diskaun anda akan dimasukkan ke dalam bil bulan Ogos 2021.
Dalam perkembangan lain Tenaga Nasional Berhad menyatakan, selaras dengan usaha menyokong Pelan Pemulihan Negara serta membendung pandemik COVID-19, dua premis TNB digunakan iaitu Dewan Kelab Kilat TNB di Pangsapuri TNB di Kapar, Klang, Selangor sebagai salah satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang memudahkan penduduk sekitar mendapat suntikan vaksin.
Lebih 1,000 unit di Kolej Kediaman Bestari di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Sultan Haji Ahmad Shah di Bandar Muadzam Shah, Pahang pula dijadikan Pusat Kuarantin COVID-19.
Berhubung dengan lanjutan pengumuman PKPD bagi beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor dan perlaksanaan PKP 3.0 Fasa 1, TNB akan memastikan tiada pemotongan bekalan kepada semua pengguna. Untuk info selanjutnya, pengguna boleh layari https://www.tnb.com.my/mco/faq-epp/
SMNETNEWS