ELAUN RM100 BELI BARANGAN ASAS, SELAMA TIGA BULAN, SAK KELAYAKAN SEGERA
Salah satu insentif yang diumumkan Perdana Menteri dalam pakej PEMERKASA adalah program PRIHATIN Kasih.
Program tersebut menyediakan peruntukan bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM100 juta kepada 300,000 isi rumah miskin di seluruh negara.
Melalui program ini, penerima boleh membeli barangan dapur melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad.
Antara barangan asas yang boleh dibeli temasuklah makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur, dan sebagainya, yang boleh di beli di 300 rantaian pasar raya dan kedai seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco) serta kedai-kedai runcit
Mulai 1 Julai 2021, penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama tiga bulan, dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka.
Elaun ini kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barang makanan asas di kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka.
Semakan status penerima PRIHATIN Kasih boleh dibuat di sini.