HARTANAH KELANTAN DI MESIR SEDIA DIGUNAKAN PELAJAR TAHFIZ

Wisma Kelantan Shoubra yang dibeli oleh Kerajaan Kelantan sedia digunakan mahasiswa Maahad Al Quran Wal Qiraat Al Azhar, Shoubra.

Majlis penyerahan rasmi hartanah tersebut oleh El Attal Holding kepada Kerajaan Negeri Kelantan telah disempurnakan oleh Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah, Ustaz Khairul Anuar Ismail, mewakili Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yacob, 28 Jun lalu.

Wisma lapan tingkat berharga RM9 juta yang memiliki semua kelengkapan bangunan termasuk surau, dewan, pejabat, rumah warden dan bilik kediaman pelajar itu mula dibeli pada 19 Disember 2019. 

Kontraktor baru menyerahkan bangunan itu selepas selesai renovasi pada Jun lalu kerana proses pembinaannya tergendala setengah tahun akibat kekangan masa ekoran pandemik COVID-19.



Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)