ILTIZAM PERAK KE ARAH IMUNITI KELOMPOK
IPOH, - Pakatan Harapan Perak mengambil maklum bahawa Perak antara negeri yang telah memasuki fasa ke 2 Pelan Pemulihan Negara pada hari ini, 5 Julai 2021.
YB DS Dr Mujahid Yusof Rawa, Pengerusi Pakatan Harapan Perak berkata, ini patut disambut dengan keazaman yang lebih kuat untuk warga Perak mencapai imuniti kelompok secepat mungkin. Kita tidak boleh leka walau sesaat pun untuk mematuhi SOP yang ditetapkan supaya matlamat memerangi Covid 19 dapat kita capai bersama.
Beliau berkata lagi, kepada mereka yang telah mendapat temujanji vaksinasi pastikan anda menghadirinya supaya program vaksin dapat berjalan secara lancar ke arah imuniti kelompok. Hanya dengan mencapai imuniti kelompok semua aktiviti akan dibuka semula dengan pematuhan kepada budaya norma baharu.
Pada waktu yang sama Kerajaan Negeri Perak digesa memastikan segala kemudahan dan kempen diselaraskan dengan berkesan untuk Perak mencapai imuniti kelompok secepat mungkin. - SMNETNEWS