KELANTAN SAMBUT BAIK PERALIHAN KE FASA 2 PPN - MB
KOTA BHARU, - Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yakub berkata, Kerajaan Negeri menyambut baik pengumuman MKN mengenai peralihan dari Fasa satu ke Fasa 2, Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi negeri Kelantan yang bermula esok, 5 Julai 2021.
Peralihan kepada fasa 2 adalah berdasarkan tiga indikator utama iaitu keadaan penularan COVID-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian menurun, kadar penggunaan katil di wad ICU dan peratusan populasi penduduk yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.
Menteri Besar berkata, negeri Kelantan dijadual menerima sekitar 438 ribu dos vaksin covid-19 bagi bulan Julai.
Beliau berkata lagi, program vaksinasi covid-19 bagi negeri Kelantan akan terus diperhebat dengan memaksimumkan semua penggunaan PPV dan melalui pendekatan "outreach" dalam komuniti.
Sama-sama kita terus mematuhi SOP untuk melandaikan jangkitan Covid-19. Semoga Allah SWT mengangkat wabak ini daripada kita semua. - SMNETNEWS