KKM TERIMA SUMBANGAN MESIN VENTILATOR BERNILAI RM 1 JUTA

 

PUTRAJAYA, 2 JULAI 2021 - YB Menteri Kesihatan, Dato' Sri Dr. Adham Baba telah menerima sumbangan Set Mesin Bantuan Pernafasan (Ventilator) daripada Federation of Malaysian Manufacturer (FMM) dan Syarikat GS1 Malaysia Berhad kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. 

FMM dan GS1 Malaysia Berhad telah mendermakan ventilator bernilai RM1 Juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Peralatan yang disumbangkan ini merangkumi 10 unit ventilator ICU Philips V60 Plus dan 3 Unit Draeger Oxylog VE300 Kecemasan dan Ventilator Pengangkutan.

YB Menteri Kesihatan, Dato' Sri Dr. Adham Baba menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak FMM dan GS1 Malaysia Berhad di atas sumbangan berkenaan yang dapat dimanfaatkan bagi perawatan pesakit COVID-19.


Turut hadir, YBhg. Dato’ Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha KKM, YBhg Tan Sri Dato’ Soh Thian Lai, Presiden FMM, YBhg Dato' Nathan K Suppiah, Timbalan Presiden FMM, YBhg Datuk Noraini bt Soltan, Timbalan Presiden FMM dan Dr. Ahmad Razid Bin Salleh, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, - SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)