KPKT PERLUASKAN PROGRAM MOBILISASI VAKSIN KOMUNITI (MOVAK) KEPADA PENJAJA KECIL

PUTRAJAYA, - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah memperluaskan golongan sasaran Program MOVAK kepada golongan peniaga- peniaga kecil termasuk dalam kategori penjaja dan berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 

YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, semalam seramai 504 orang penjaja dari 8,812 orang penjaja yang berdaftar di bawah Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah divaksin.


 Beliau berkata, program yang akan dilaksanakan di seluruh negara ini mensasarkan lebih daripada 500,000 penjaja dan peniaga kecil khususnya di kawasan bandar dapat divaksin dengan segera. 


Tumpuan diberikan di kawasan mempunyai kadar suntikan vaksin yang rendah dan jangkitan tinggi. Inisiatif ini adalah bertujuan membantu peniaga kecil yang berdaftar dengan PBT untuk menerima vaksin Covid-19 susulan dari kebenaran yang telah diberikan kepada penjaja kecil untuk berniaga di kawasan PBT masing-masing dalam tempoh Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN). -- SMNETNEWS



Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)