LEBIH 8 JUTA DOS VAKSIN COVID-19 DIBERIKAN SETAKAT RABU - DR ADHAM
KUALA LUMPUR, 1 Julai -- Sebanyak 8,083,685 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat semalam di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata sebanyak 2,309,018 orang telah menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vakinasi mereka.
“Sebanyak 258,773 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam, melibatkan pemberian 163,756 dos pertama dan 95,017 dos kedua," katanya dalam hantaran Twitter beliau hari ini.
Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 303,050 orang, diikuti Sarawak (250,011), Johor (244,400), Perak (209,174) dan Kuala Lumpur (198,655).
-- BERNAMA