OP PATUH - TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA TURUN PADANG

 JOHOR BAHARU, - Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Haji Awang bin Hashim mengetuai Operasi Pematuhan Akta 446 dan Pelan Pemulihan Negara, operasi dijalankan di kilang pembuatan dan penjualan ‘precision plastic injection mould’ Johor Bharu, iaitu premis pemasangan komponen barangan elektrik dan elektronik. 

Timbalan Menteri dalam sidang media memaklumkan terdapat ketidakpatuhan   dilakukan oleh pihak majikan yang diteliti hari ini. Antaranya dibawah Akta 446 dan 342, penginapan pekerja dan penjarakan fizikal.  

Terdapat juga ketidakpatuhan terhadap Akta 514 dari perspektif keselamatan pekerjaan dalam membendung penularan wabak Covid-19. 

Turut serta, Ketua Pengarah JTKSM, Tuan Haji Asri bin Ab. Rahman, Ketua Pengarah JKKP, Tuan IR Zailee bin Dollah, PDRM Cawangan JB, Pegawai KDN, Pegawai KKM, Pegawai MITI serta Pegawai JIM.

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)