PENUTUPAN SEMENTARA JABATAN PENDAFTARAN NEGARA DALAM KAWASAN PKPD

 KUALA LUMPUR, - Jabatan Pendaftaran Negara dalam satu notis pemberitahuan,  berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim Selangor dan beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula 3 Julai 2021, semua pejabat JPN dalam kawasan yang terlibat tidak akan beroperasi.

JPN meminta orang ramai dan pelanggan boleh menyemak senarai Pejabat JPN yang beroperasi sepanjang tempoh Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara bermula 1 Julai di portal Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara dengan melayari https://www.jpn.gov.my/my/pengumuman/1113-senarai-pej-1jul2021-3. 

Orang ramai serta pelanggan boleh mendapat maklumat lanjut dengan menghubungi Bilik Gerakan JPN Selangor atau W.P. Kuala Lumpur di talian yang telah disenaraikan. 

- SMNETNEWS



Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)