PERBINCANGAN BERSAMA JURULATIH DAN PENGURUS TENTUKAN PERSIAPAN AKHIR PASUKAN KONTINJEN OLIMPIK 2020

 KUALA LUMPUR, - YB Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan mengadakan mesyuarat secara dalam talian bersama jurulatih dan pengurus pasukan kontinjen negara bagi mendapatkan maklumat dan status persiapan akhir atlet-atlet yang akan menyertai Temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada hari ini.  

Perjumpaan yang melibatkan 34 orang pegawai ini turut disertai jurulatih berbasikal trek John Beasley, jurulatih Sukan Menembak Mohd Yusri, jurulatih Sukan Terjun Christian Brooker serta jurulatih Sukan Memanah Lee Jay Hyung.



Turut hadir, Dato' Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) dan Ahmad Faedzal Md Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN).

-  SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)