PKPD DI TAMAN KURNIA JAYA DAN TAMAN PINGGIRAN GOLF, KOTA BHARU BERMULA 9 JULAI SEHINGGA 22 JULAI 2021

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi terkini kes COVID-19 di dua Taman Perumahan dalam daerah Kota Bharu, Kelantan iaitu, Taman Kurnia Jaya  dan Taman Pinggiran Golf

Hasil pemantauan yang telah dilakukan KKM mendapati trend kes meningkat dan setakat ini, 36 kes positif direkodkan hasil daripada 83 saringan dengan kadar positiviti 43.4%.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua Taman Perumahan dalam daerah Kota Bharu, Kelantan berkuat kuasa 9 Julai sehingga 22 Julai 2021.

Pelaksanaan PKPD akan membantu aktiviti pengesanan kes dan saringan kontak dengan berkes

-- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)