PKPD KAMPUNG BAGUS, RANTAU PANJANG, PASIR MAS BERMULA TENGAH MALAM INI

 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di Kampung Bagus, Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan.

Sehingga kini, KKM telah melakukan 47 ujian saringan dan 23 orang penduduk di lokaliti tersebut disahkan positif COVID-19 dengan kadar positiviti 48,90%.

Pada masa sama, KKM mendapati kes telah meningkat dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti itu.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Bagus, Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan, berkuat kuasa 7 Julai sehingga 20 Julai 2021.

Pelaksanaan PKPD ini memudahkan KKM melakukan saringan, menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.

-- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)