PKPD SELURUH DAERAH SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN BERMULA TENGAH MALAM INI

 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam melaporkan situasi terkini kes COVID-19 di seluruh daerah Seremban, Negeri Sembilan yang terdiri daripada lapan iaitu, Mukim Ampangan, Mukim Labu, Mukim Lenggeng, Mukim Pantai, Mukim Rantau, Mukim Rasah, Mukim Seremban dan Mukim Setul.


Hasil pemantauan yang telah dilakukan KKM mendapati, daerah Serembanm mencatatkan peningkatan kes dan setakat 4 Julai 2021, sebanyak 5,504 kes aktif telahpun direkodkan di lokaliti ini.

Pada masa sama, KKM juga mengesahkan penularan kes masih berlaku dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti ini sekali gus memerlukan kaedah pemutusan jangkitan dengan segera.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh daerah Seremban, Negeri Sembilan berkuat kuasa tengah malam ini, jam 12:01, 9 Julai sehingga 22 Julai 2021.

Pelaksanaan PKPD ini untuk mengawal pergerakan penduduk di kesemua mukim yang terlibat serta mengekang penularan COVID-19.

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)