POLIS RAMPAS 445 PETI ROKOK SELUDUP DALAM SJR HADAPAN BALAI POLIS LALOH

 KUALA KRAI,  – Satu sesi sidang media mengenai rampasan dan tangkapan sindiket pengedaran rokok haram (seludup) telah diadakan bertempat di Dataran Kawad IPD Kuala Krai oleh YDH SAC Abdullah bin Mohammad Piah, Timbalan Ketua Polis Kelantan. Turut hadir YDH Supt Suzaimi bin Mohamad, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, DSP Kamarulzaman bin Harun, Timb. Ketua Polis Daerah Kuala Krai dan Ketua-ketua Bahagian. 

Sidang media diadakan ekoran kejayaan oleh IPD Kuala Krai berkait rampasan rokok haram (seludup) pada petang khamis. Hasil tangkapan dilakukan dalam sekatan jalan raya bertempat dihadapan Balai Polis Laloh telah menahan dua buah lori yang dipandu oleh dua lelaki dan hasil pemeriksaan ke atas lori tersebut polis telah menjumpai 455 peti rokok haram yang dianggarkan bernilai melebihi RM1 juta serta rampasan wang tunai yang bernilai RM7515.00 ribu.


Saspek dipercayai bergerak dari selatan tanahair menghala ke pantai timur untuk menghantar stok bekalan rokok haram (seludup). 

Kedua-dua saspek kini direman selama empat hari dan disiasat dibawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

 Jika disabitkan kesalahan memperuntukkan hukuman denda tidak kurang sepuluh kali ganda nilai atau RM100,000 yang mana lebih tinggi sehingga tidak lebih daripada dua puluh kali nilai barang atau RM500,000 atau dipenjarakan tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali. 

SUMBER: IPD KUALA KRAI

SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)