SIASATAN HOTSPOT, RONDAAN DAN PEMANTAUAN INDUSTRI - JAS

KUALA TERENGGANU, - Cuti hujung minggu di Negeri Terengganu, pegawai penguatkuasa JAS Terengganu terus melaksanakan tugas sebagai barisan hadapan dalam menjalankan siasatan hotspot, meronda dan memantau industri bagi tujuan mencegah pencemaran.

Rondaan dan pemantauan ini difokuskan kepada aduan hotspot di Kg.Telaga Papan, daerah Setiu. Hasil siasatan aduan ini adalah berasas berdasarkan penemuan kesan terbakar di dalam kawasan padang ragut milik pengusaha ladang kambing. Pihak pengusaha bertindak pantas dengan menghubungi pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Setiu dan kebakaran ini berjaya dipadamkan dari merebak ke kawasan hutan gelam bersebelahan padang ragut tersebut. 

Pegawai penguatkuasa juga telah menjalankan pemantauan premis industri di Kawasan Perindustrian Gong Badak, daerah Kuala Nerus.  Tiada keadaan yang mencurigakan dikesan. Di samping itu, hasil rondaan di kawasan Kg Padang Kemunting, tiada aktiviti pembakaran terbuka ditemui. Kekerapan rondaan dilakukan oleh pegawai penguatkuasa di kawasan ini disebabkan  ianya merupakan kawasan tanah gambut yang berpotensi terbakar.


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)