SIDANG PARLIMEN AKAN DIADAKAN SECEPAT MUNGKIN

 

PUTRAJAYA – Kerajaan Persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam semua hal berkaitan pemerintahan negara termasuklah berhubung dengan persidangan Parlimen. 

Sehubungan dengan itu YAB Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Parlimen telah memutuskan akan memanggil sidang Parlimen Malaysia secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021. Perkara ini akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Julai 2021.

DATUK SERI TAKIYUDDIN BIN HASSAN

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri 

(Parlimen & Undang-Undang)

02 Julai 2021

SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)