TIGA HARI BERTURUT-TURUT, JUMLAH PEMBERIAN VAKSIN LEPASI 300 RIBU DOS SEHARI
KUALA LUMPUR, - Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan, berkata, jumlah pemberian dos sudah hampir mencapai angka 400,000 dos sehari. Ini satu pencapaian yang baik ke arah pencapaian herd immunity di Malaysia.
Beliau berkata lagi, selama tiga hari berturut-turut, kadar pemberian vaksin telah mencatat angka lebih 300,000 dos sehari iaitu pada 5 Julai mencatat 313,761 dos, 6 Julai 340,043 dos dan pada 7 Julai mencatat 375,842 dos sehari.
Selama tiga hari itu juga, angka yang dicatatkan adalah merupakan rekod baru pemberian dos dalam sehari. Hari ketiga semalam iaitu pada 7 Julai 2021, adalah rekod tertinggi pemberian dos sehari dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, PICK.
Jumlah yang terima dos pertama ialah 6,999,554 orang. Daripada jumlah itu, 3,036,807 orang juga terima dos kedua.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua vaksinator, petugas kesihatan, general practitioner dan sukarelawan yang bertugas di semua PPV seluruh negara.
Ini satu momentum yang baik ke arah pencapaian herd immunity bagi penduduk di Malaysia jelas beliau. - SMNETNEWS