TIMBALAN KETUA POLIS KELANTAN MEMBUAT LAWATAN DAN TINJAUAN DISEKATAN JALANRAYA JALAN HAMZAH KOTA BHARU KELANTAN

 KOTA BHARU, – Timbalan Ketua Polis Kelantan, YDH SAC Abdullah bin Mohammad Piah telah membuat lawatan dan tinjauan di Sekatan Jalanraya Jalan Hamzah, Kota Bharu, Kelantan dan telah menerima sejumlah bungkusan makanan untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan disumbangkan oleh YBrs. En Azhar Mustapha, Peniaga dan YBrs. En Shahnun Hanif bin Abdullah Suhaimi, Pengerusi Kelab Media Kelantan Darulnaim (KEMUDI) bagi menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan dalam mengawal pendemik Covid-19.

Sidang Media telah diadakan dilokasi untuk menjelaskan isu-isu semasa di Negeri Kelantan, Polis diraja Malaysia (PDRM) Kelantan masih mengekalkan semua sekatan jalanraya yang sedia ada untuk mengawal pergerakan kenderaan dan orang ramai kerana pergerakan untuk rentas daerah dan rentas negeri masih belum dibenarkan walaupun Negeri Kelantan sudah memasuki fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Selain daripada itu menerusi OP Patuh yang telah diadakan di Kontinjen Kelantan di beberapa daerah dengan memberi tumpuan kepada premis perniagaan, kilang dan tempat tinggal pekerja. Hasil pemeriksaan terhadap 1,690 premis perniagaan, kilang dan tempat kerja telah diperiksa dan sebanyak 223 kompaun telah dikeluarkan dalam OP Patuh yang telah dijalankan. Kompaun yang telah dikeluarkan melibatkan kesalahan individu tidak memakai pelitup muka dan tidak mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera serta menulis maklumat diri.

Hadir sama YDH Supt. Mohd Suhaimi bin Hj. Ali, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, YDH ASP Zamzuri bin Mat Nawawi, Ketua Polis Balai Kota Bharu dan rakan-rakan media tempatan. 

SUMBER: Polis Kontinjen Kelantan


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)