TULAR SEORANG LELAKI BERSELISIH FAHAM DENGAN PEREMPUAN WARGA EMAS BERSTATUS OKU

 KAJANG, - Mengenai satu kejadian tular seorang lelaki cina berselisih faham dengan seorang perempuan cina warga emas berstatus oku pada 1 Julai 2021, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah menerima satu laporan polis daripada satu lelaki Cina iaitu mangsa dalam kes ini mengatakan telah berselisih faham dengan satu perempuan Cina berstatus OKU, dimana kejadian tersebut didapati telah tular di laman media sosial FaceBook.

Siasatan awal polis mendapati punca kejadian adalah kerana mangsa telah menegur saspek yang memandu di jalan sehala menyebabkan mengganggu pengguna jalan yang lain di kawasan tersebut. Kejadian berlaku di Blok A3 Jalan Bukit Segar 1, Taman Bukit Segar, Cheras. 

Mangsa berkata, saspek yang juga perempuan warga emas datang dengan menunjukkan kad OKU sambil mengangkat tongkat yang diikat dengan sabit serta cuba memukul ke arah mangsa. Walaubagaimanapun, mangsa dalam kejadian ini tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bertindak keatas laporan berkenaan, pada 2 Julai 2021 pihak polis telah melakukan tangkap satu perempuan Cina berumur 66 tahun berstatus OKU yang terbabit dalam kes ini bagi membantu siasatan polis.

Kes ini telah disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Polis meminta saksi bebas yang melihat kejadian diminta tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan polis. 

Saksi bebas boleh menghubungi pegawai penyiasat kes berkenaan iatu SJN Ahmad Faizal Bin Hasan di talian 0197691924 / 03-89114222 atau datang ke balai polis berhampiran. - SMNETNEWS



Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)