UMNO PAHANG SELARI DENGAN KEPUTUSAN MKT UMNO
KUANTAN, - Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang berkata, pendirian Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang adalah selari dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada 7 Julai 2021.
Ia juga selari dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 akhir Mac lepas, yang memberi mandat kepada Presiden dan MKT untuk menentukan tarikh tepat penarikan diri daripada Kerajaan Persekutuan pimpinan Perikatan Nasional (PN).
Beliau berkata lagi, sepertimana semua tahu, PAU merupakan badan tertinggi parti yang telahpun membuat keputusan sedemikian maka perlulah dipatuhi oleh setiap pemimpin/ahli parti dan Pahang tidak terkecuali.
Dalam pada itu, sama-samalah kita kepemimpinan UMNO pelbagai peringkat supaya terus-menerus tumpukan usaha membantu rakyat yang terkesan akibat penularan wabak pandemik COVID-19 serta langkah-langkah membendungnya.
Tumpuan juga perlu dijuruskan kepada usaha meningkatkan lagi jumlah rakyat yang menerima vaksin dan meminta mereka mendaftarkan segera dalam aplikasi MySejahtera.
- SMNETNEWS