VAKSIN PFIZER SUMBANGAN AMERIKA SYARIKAT MENDARAT DI SUBANG PAGI INI

 SUBANG, - Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan, Khairy Jamaluddin dan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, TYT Brian McFeeters berada di Subang Airport pagi ini untuk menerima 1 juta dos vaksin Pfizer yang disumbangkan oleh Amerika Syarikat. 

Beliau berterima kasih kepada rakan sejawat, TYT Antony Blinken serta Kerajaan Amerika Syarikat. Malaysia terutama Wisma Putra sangat hargai keprihatinan ini, semoga hubungan erat terus menjadi kekuatan untuk kedua-dua negara melangkah bersama dalam mengharungi cabaran covid-19.


Sumbangan satu juta dos vaksin Pfizer dari Amerika Syarikat ini adalah sumbangan yang kedua  selepas sumbangan satu juta dos vaksin AstraZeneca yang disumbangkan oleh kerajaan Jepun untuk membantu negara memerangi pandemik COVID-19 serta dapat memperhebatkan lagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).



Bagi pihak kerajaan Malaysia, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) amat mengalu-alukan sumbangan ini dan menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Amerika Syarikat di atas pemberian satu juta dos bekalan vaksin Pfizer ini.- SMNETNEWS


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)