E-TERNAK TINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN JPV KELANTAN

 KOTA BHARU, - Majlis Taklimat dan Pelancaran Sistem E-Ternak, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Kelantan telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YB Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail di Hotel Ibis Style, semalam. 

Melalui aplikasi E-Ternak, JPV dapat melaksanakan pelaporan data dan pemantauan Skim Bantuan Pawah Ternakan dengan lebih efektif dan terancang. Skim Bantuan Pawah Ternakan. Skim ini mula dilaksanakan sejak tahun 1961 dengan memberi kredit induk ternakan kepada penternak untuk dipelihara dan penternak perlu memulangkan kepada kerajaan seekor anak betina yang cukup umur dalam tempoh perjanjian. Objektif skim bantuan pawah ialah melaksanakan aktiviti menternak dalam kalangan masyarakat untuk membantu meningkatkan populasi ternakan dan menambah pengeluaran daging tempatan di Kelantan.


"Sehingga kini, penyimpanan data skim bantuan pawah telah direkodkan secara manual di dalam buku Master Rekod dan di dalam excel (sismap). Data yang disimpan tidak mempunyai format khas dan berlainan cara mengikut pegawai pelaksana yang berisiko mengalami kehilangan dan kerosakan data. Hal-hal ini menimbulkan pelbagai isu dan masalah menyebabkan operasi pemantauan dan penyelesaian pawah tidak berjalan lancar dan menyebabkan hasil penyelesaian lembu pawah tidak berada pada tahap optimum. 

Sehubungan itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan mengambil langkah inisiatif untuk membangunkan satu sistem pelaporan pawah atas talian yang dikenali sebagai sistem E-Ternak. Sistem ini direka khas untuk memudahkan pengisian, pemprosesan dan pengekstrakan data skim bantuan pawah secara menyeluruh. Dengan wujudnya sistem E-Ternak ini, penyediaan pelaporan  ternakan pawah dapat disediakan dengan lebih cepat, mudah dan sistematik. 

Selain itu, pemantauan terhadap skim bantuan pawah ternakan dapat dilaksanakan dengan lebih efektif sekaligus dapat meningkatkan hasil penyelesaian pawah", kata YB Tuan Saripudin. 

Terdahulu, JPV mengadakan sesi taklimat ringkas dan demo sistem E-Ternak disampaikan oleh Ketua Seksyen Komoditi Ternakan, Bahagian Perbangunan Industri Ternakan serta slot ilmiah bersama Abdul Halim Mohamed bertajuk "Ke Arah Memanfaatkan E-Ternak dalam Pmbangunan Naimbif".

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)