Pakej Penjagaan COVID-19 Dalam Proses Penghantaran Pada Keluarga Malaysia B40
PUTRAJAYA, - Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan pengagihan bantuan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) secara percuma kepada Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.
“Usaha ini antara lain bertujuan meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah B40 dan melatih diri membudayakan norma baharu sekali gus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus COVID-19,”
Kata, YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, dalam ucapannya ketika mengumumkan PPC ini pada 19 September 2021.
Menerusi pemberian PPC ini, setiap keluarga akan menerima empat unit kit ujian kendiri COVID-19, satu unit oximeter, satu unit termometer, 4 unit pelitup muka dan risalah panduan penggunaan bagi peralatan kesihatan berkenaan. Sebanyak 10,000 unit kotak PPC telah diedarkan bermula semalam.
Gambar diatas adalah proses packaging semua peralatan kesihatan tersebut sebelum ianya diserahkan kepada Pos Malaysia untuk urusan penghantaran secara berfasa kepada 3.6 juta Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.
- SMNETNEWS