Program MOVAK 3.0 Sasar Penerima Vaksin Masyarakat Orang Asli - KP Kesihatan
GUA MUSANG, - Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan, berkata Program Mobilisasi Vaksinasi Komuniti (MOVAK) 3.0 untuk memberikan suntikan vaksin COVID-19 yang kedua bagi remaja orang asli, serta vaksinasi ‘mopping-up’ kepada masyarakat orang asli yang ketinggalan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Program MOVAK 3.0 kali ini menyasarkan seramai 2330 orang penerima dengan menggunakan sama ada vaksin Cansino atau Comirnaty (Pfizer) di kalangan orang asli dewasa manakala vaksin Comirnaty (Pfizer) khusus bagi golongan remaja.
Dalam lawatan kerja turun padang ini, beliau berpeluang untuk ke Kampung Dakoh, Pos Balar yang merupakan salah satu dari tujuh pos pedalaman orang asli di daerah Gua Musang. Di antara pos-pos lain yang terlibat dalam program MOVAC 3.0 ini adalah Pos Belatim, Pos Hai, Pos Simpor, Pos Gob dan Pos Pasik.
Sehingga 6 Nov 2021, liputan imunisasi bagi golongan dewasa di Pos Balar adalah 59.8% utk dos pertama & 58.4% utk dos kedua.
Secara keseluruhan, pencapaian liputan orang asli di Gua Musang adalah sebanyak 75.0% untuk dos pertama manakala 70.7% telah lengkap menerima vaksinasi.
Pos Balar ini mempunyai 10 buah kampung dengan anggaran seramai 1069 penduduk dan terletak lebih kurang 98km daripada Gua Musang.
Akses yang sangat mencabar kerana ketiadaan jalan yang berturap ke pos ini, boleh mengambil masa sehingga enam jam untuk sampai melalui jalan darat.
- SMNETNEWS