Keluarga Malaysia Bersedia Menempuh Kehidupan Fasa Endemik
KUALA LUMPUR, - YB Dato' Dr. Noor Azmi Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 1 menyarankan Keluarga Malaysia bersedia untuk menempuh kehidupan bersama COVID-19 dalam transisi fasa endemik nanti.
Harus bersedia menghadapi perubahan gaya hidup termasuk perubahan tingkah laku dalam norma baru. Keluarga Malaysia perlu mematuhi pendekatan baharu pandemik dan endemik yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
YB Dato' Noor Azmi menyeru Keluarga Malaysia menghayati dan serta menuruti titah YDP Agong sempena Hari Kemerdekaan 2021 iaitu, "Sesungguhnya kesepaduan sosial, integrasi nasional dan perpaduan antara kaum adalah merupakan kunci untuk negara menghadapi apa jua cabaran yang mendatang termasuklah menghadapi badai gelora pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara pada ketika ini."
YB turut menekankan integriti dalam memulihkan ekonomi dengan mengambil kira kesan pendemik ini secara menyeluruh. Kerajaan juga akan menilai semula strategi, keutamaan dan menyusun semula perancangan ekonomi selaras keperluan dan dasar kerajaan serta situasi semasa dan norma baharu.
Dalam RMK-12 telah memfokuskan kepada membina semula ekonomi Malaysia agar lebih kukuh, serta kompetetif diperingkat antarabangsa. Juga bagi membentuk model atau lensa baharu ekonomi berteraskan konsep Keluarga Malaysia.
YB Timbalan Menteri 1 juga menyarankan Keluarga Malaysia melaksanakan lebih banyak program serta promosi pendidikan bagi meningkatkan kefahaman Keluarga Malaysia terutamanya tentang keperluan melakukan ujian kendiri dan kaedah pencegahan COVID-19.
Program ini mestilah menyelurush membabitkan seluruh Keluarga Malaysia, NGO dan institusi Keluarga Malaysia. Dalam menghadapi fasa endemik, integriti atau disiplin Keluarga Malaysia perlu berada pada tahap tertinggi untuk memastikan kes sentiasa terkawal sekaligus tidak berlaku peningkatan secara mendadak serta membabitkan kawasan besar.
Keluarga Malaysia juga harus memainkan peranan dengan mendidik dan meningkatkan integriti dan disiplin diri Keluarga Malaysia agar menjadi pengguna media sosial yang bijak serta berintegriti.
YB Timbalan Menteri Kesihatan 1 berkata demikian ketika menyampaikan Ucap Utama bertajuk “Integriti Kelurga Malaysia Dalam Menghadapi Endemik” dalam Konvensyen Integriti Nasional 2021 (KIN 2021) di Institut Integriti Malaysia, Kuala Lumpur.
- SMNETNEWS