KP Kesihatan Terima Dos Penggalak


 PUTRAJAYA, - Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, hari ini telah selesai menerima dos penggalak vaksin COVID-19 jenis Comirnaty (Pfizer). Sebelum ini, beliau telah lengkap menerima dos kedua vaksin pada 17 Mac 2021 yang lalu.

Mutakhir ini, terdapat bukti daripada kajian Real World Data bahawa terdapat kesan pengurangan imuniti (waning immunity) terhadap SARS-CoV-2 selepas beberapa bulan lengkap vaksinasi, dan berlaku peningkatan kes jangkitan semula COVID-19 di kalangan penerima vaksin (breakthrough infection).

 Selain daripada itu, kemunculan variant of concern (VOC) juga memberi kesan di mana ianya lebih mudah merebak dan mampu merebak di dalam komuniti dalam tempoh yang singkat.



Pemberian dos penggalak serta dos tambahan adalah selari dengan saranan yang diberikan oleh Strategic Advisory Group of Experts on Immunization (SAGE), WHO terutamanya kepada golongan yang mempunyai imuniti yang rendah dan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas. Kumpulan barisan hadapan juga diutamakan. Kini golongan tersebut sedang dalam fasa pemberian dos penggalak. 

Strategi KKM seterusnya adalah untuk meluaskan pemberian dos penggalak kepada golongan tersebut :

- Individu berumur 18 tahun ke atas dengan komorbiditi

- Individu yang berumur 40 tahun ke atas

- Ibu mengandung

- Petugas barisan hadapan (selain petugas kesihatan)

Dos penggalak dapat meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan COVID-19. Jika anda menerima janji temu, pastikan anda hadir untuk mendapatkan dos penggalak anda.

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)