PARA SUKMA 2022: KELANTAN SASAR 30 PINGAT EMAS
KOTA BHARU - Kerajaan Negeri yakin boleh menyasarkan sekurang-kurangnya 30 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Para SUKMA) yang ke-20 di Kuala Lumpur pada tahun hadapan, berdasarkan prestasi cemerlang 150 orang atlet tersebut berdasarkan penyertaan mereka dalam beberapa siri kejohanan sebelum ini.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan, dan NGO, YB Wan Roslan Wan Hamat, dengan sasaran tersebut, Kelantan akan berada pada tempat keempat terbaik secara keseluruhan pada temasya sukan yang akan diadakan.
“Pada temasya sukan yang lepas di Perak, kita berjaya berada pada kedudukan keenam dengan pungutan 21 emas dalam semua acara yang dipertandingkan. Jadi untuk tahun 2022, kita mengharapkan dapat membawa pulang 30 pingat emas keseluruhan”, katanya pada pemberita, selepas majlis penyampaian peralatan sukan dan sumbangan kepada atlet para, Sabtu lepas.
Tambahnya, persiapan awal dilakukan semua atlet bagi menghadapi temasya sukan tersebut berjalan lancar dengan kerjasama daripada semua pihak termasuklah Majlis Sukan Negeri (MSN) dan Jabatan Belia dan Sukan (JBS).
Tarikh kejohanan Para SUKMA akan diadakan pada 17 Oktober 2022 di Kuala Lumpur dengan had umur atlet tidak melebihi 45 tahun pada tahun tersebut.
“Kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan para atlet kita, tidak mustahil Kelantan akan dapat merangkul pingat yang diimpikankan”, katanya.
UPKN