Warga ATM Mula Duduki RKMAT-TD Bukit Jalil

 


KUALA LUMPUR, - Program Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera – Tentera Darat (RKMAT-TD) di Taman LTAT, Bukit Jalil yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 3 November 2021 telah mula menjalani proses pemindahan masuk anggota dan keluarga.

Rancangan perpindahan anggota secara berkelompok sebagai penghuni RKMAT-TD telah mula dilaksanakan secara berperingkat bermula 18 November 2021 hingga 10 Disember 2021.

 Pada hari pertama rancangan perpindahan ini telah menyaksikan seramai 52 penghuni telah berjaya dipindah masuk ke Blok 2 RKMAT-TD. 

2,000 unit kediaman ini adalah inisiatif perumahan yang dirancang oleh Kementerian Pertahanan melalui kerjasama dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Ia merangkumi 4 blok pangsapuri 38 tingkat dengan keluasan binaan 850 kaki persegi untuk setiap satu unit kediaman bagi memenuhi keperluan anggota Tentera Darat di Lembah Klang.

 Unit kediaman ini turut dilengkapi perabot, perkakas elektrik dan fasiliti riadah serta sosial seperti dewan serbaguna, gimnasium, surau dan unit kedai yang selesa dan kondusif untuk didiami.



Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)