Maritim Malaysia Lupus Empat Bot Nelayan Vietnam Di Perairan Pulau Perhentian

 


KUALA TRENGGANU, - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Terengganu hari ini menenggelamkan empat bot nelayan Vietnam yang dilucut hak untuk dijadikan tukun tiruan berhampiran perairan Pulau Perhentian.

Jumlah keseluruhan denda mahkamah bagi empat bot tersebut adalah RM4.65 juta serta kos penahanan sebanyak RM50,000 kepada kerajaan Malaysia.

Ini merupakan program pelupusan kali ke-22 dalam tahun ini oleh Maritim Negeri Terengganu.  Sebanyak 60 buah bot masih berada di Pusat Tahanan Vesel (PTV) Maritim Negeri Terengganu, PTV Zon Maritim Kemaman dan PTV Bukit Datu. 

Sehingga kini, sejumlah 127 bot telah ditenggelamkan sebagai tukun di perairan Terengganu oleh Maritim Negeri Terengganu dengan anggaran nilai RM190.5 juta.


Pelupusan bot-bot tersebut sebagai tukun tiruan merupakan tindakan tegas Maritim Malaysia dalam memerangi pencerobohan bot nelayan asing terutamanya dari Vietnam.

Program pelupusan bot ini turut mendapat kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia, Taman Laut serta Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT).

Maritim Malaysia akan terus melaksanakan rondaan untuk mengesan kegiatan pencerobohan nelayan asing dan juga aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang di sekitar perairan Terengganu.

Maritim Malaysia meminta kerjasama masyarakat terutama komuniti maritim untuk melaporkan sebarang maklumat perlakuan melanggar undang-undang dan kejadian kecemasan yang berlaku di perairan negara ke talian MERS 999.

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)