KKM Terima Sumbangan Bukan Tunai Bernilai RM200 Juta Sejak Januari 2020 - Khairy

 


PUTRAJAYA, - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima pelbagai sumbangan tunai dan bukan tunai daripada penyumbang dan dermawan yang prihatin yang terdiri daripada Kerajaan Negara Luar, GLC, sektor swasta, syarikat korporat, yayasan, pertubuhan bukan kerajaan serta orang perseorangan.

 Sumbangan bukan tunai yang diterima adalah berbentuk peralatan perubatan, peralatan makmal, vaksin, reagen, ubat, kit saringan COVID-19 (test kits), kelengkapan perlindungan diri (PPE), kenderaan dan lain-lain. Sejak Januari 2020 KKM  telah menerima sumbangan bukan tunai yang keseluruhannya bernilai RM200 juta. 

Pada hari ini, Menteri Kesihatan  YB Khairy Jamaluddin telah menerima sumbangan bukan tunai yang keseluruhannya berjumlah RM41.55 juta.


 Sumbangan tersebut adalah daripada Tabung Kebajikan Pendidikan Yayasan Taiwan Buddhist sebanyak RM22.66 juta diwakili oleh En Sio Kee Hong, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebanyak RM9.9 juta diwakili oleh Dato’ Mohd Nizam bin Zainordin, Timbalan Presiden dan Ketua Kewangan Kumpulan, The Edge Sdn Bhd. Sebanyak RM5.8 juta diwakili oleh Dato’ Ho Kay Tat, Ketua Pegawai Eksekutif  dan Penerbit Kumpulan, 

Manakala, Penang Adventist Hospital RM1 juta diwakili oleh Encik Ronald Koh Wah Heng, Ketua Pegawai Eksekutif, Livzon Malaysia Sebanyak RM1 juta diwakili oleh Puan Rachel Lau, OSA Technology Sdn Bhd dan Imtelligent Sdn Bhd. sebanyak RM200,000 diwakili oleh Dato’ Sri Dr. Abu Hassan Abdullah, Yayasan Prihatin Nasional sebanyak RM1 juta, Nestle Malaysia sebanyak RM67,000 dan Digital Tourism Sdn. Bhd. sejumlah RM49,600. 

Kementerian Kesihatan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan oleh para penyumbang dan para dermawan. 

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Dato' Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha KKM, Datuk Dr. Chong Chee Keong, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan Datuk Dr. Hishamshah bin Ibrahim, Timbalan Ketua  Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal).

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)