PM Lancar Baka Padi Baharu IS21
SEKINCHAN, - YAB Perdana Menteri telah melancarkan satu teknologi berimpak tinggi iaitu baka padi baharu IS21 yang dihasilkan menerusi penyelidikan Agensi Nuklear Malaysia.
Baka padi ini adalah satu inovasi dan sangat istimewa kerana ia dapat memberi hasil tuai yang tinggi.
Selain itu kos penanaman seperti penggunaan baja dan racun perosak juga dapat dikurangkan sehingga 20 peratus.
Ini bermakna pendapatan meningkat dan tiada lagi kebergantungan kepada beras import.
YAB Perdana Menteri mewakili kabinet, turut meminta Kementerian Kewangan menyelesaikan masalah dihadapi petani terutama isu harga baja.
- SMNETNEWS